Tuesday, October 13, 2009

Kuey Teow Banjir - Aji Don Alley



Hampir setiap hari saya akan makan di Aji Don Alley. Waktu makan tengah hari ataupun minum petang. Aji Don Alley di Plaza Damas Sri Hartamas menyediakan gerai makanan pelbagai jenis. Tetapi "favourite meal" saya semestinya Penang Fried Kuey Teow di sana.


Minum teh tarik bersama rakan-rakan sekerja sambil melihat telatah pelajar-pelajar Taylor's College, orang-orang yang bekerja di sana, pelancong-pelancong dan seisi keluarga, dapat juga kami merehatkan minda setelah penat bekerja.

Setibanya Kuey Teow yang telah di pesan, orang di sekeliling tidak lagi dihiraukan. Kuey Teow 'Banjir' kegemaran menjadi fokus utama disaat itu.

Selagi tidak habis makanan di atas meja, kelibat orang ramai tidak dihiraukan termasuklah rakan sekerja di hadapan saya. Begitulah sedapnya Kuey Teow Banjir die Aji Don Alley. Buktinya, habis licin pinggan di hadapan saya.

Tempat lepak yang best di malam minggu sambil pekena teh tarik dan Kuey Teow Banjir...

2 comments: