Sunday, November 22, 2009

Masjid dalam taman


Siapa sangka di tengah kota bandaraya yang sibuk ini tersergam sebuah masjid yang boleh membuatkan sesiapa sahaja terpegun dengan keindahan hasil binaannya.Masjid Wilayah Persekutuan adalah sebuah masjid yang dibina berkonsepkan 'masjid dalam taman'. Ianya terletak berhampiran dengan Kompleks Kerajaan, Jalan Duta dan kini merupakan satu lagi mercu tanda di ibu negara. Masjid ini mula dibina pada 1997 dan siap digunakan pada 25 Oktober 2000. Ia menggunakan konsep tradisi masjid-masjid Othmaniah di Turki.

Rekabentuk senibina dan hiasan dalamannya pula adalah merupakan kombinasi rekabentuk tradisi Melayu Malaysia dan Timur Tengah. Masjid ini boleh menampung seramai 17,000 orang jemaah pada satu-satu masa. Keluasan keseluruhan bangunan adalah kira-kira 47,000 meter persegi. Di lengkapi dengan pelbagai kemudahan, masjid ini merupakan masjid yang termoden di Malaysia pada masa ini.

Masjid ini juga menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan selain daripada aktiviti keagamaan. Di antaranya adalah seperti menyediakan kemudahan dewan serbaguna dan dewan jamuan untuk orang ramai serta boleh dijadikan sebagai kompleks ilmu, di mana masjid ini mempunyai tadika, sekolah, asrama, perpustakaan dan bilik komputer bagi mendidik masyarakat.

Salah satu perkara menarik yang terdapat di masjid ini ialah di mana pintu masuk ke masjid adalah melalui empat laluan yang merentas kolam air ke anjung-anjung masjid.


No comments:

Post a Comment