Monday, October 26, 2009

Malaysian Heritage Dolls

Sabtu lalu, saya sekeluarga ke Bangsar Shopping Center. BSC sedang menjalankan pengubahsuaian dan kebanyakan kedai juga mengambil kesempatan untuk mengubahsuai kedai mereka. Berjalan-jalan ke Times Bookstore dan terlihat suatu produk yang unik. "Malaysian Heritage Doll". Diberikan nama kepada setiap patung pelbagai bangsa. Walaupun rupanya kurang menarik berbanding "barbie dolls" tetapi pakaian dan aksesori tradisional yang dikenakan amat lah menarik.

Berbaju Melayu dan berbaju kurung beraksesorikan bakul dan dulang rotan.

Patung perempuan yang berpakaian batik.

Membawa bakul rotan yang menarik

Terdapat juga patung berbangsa cina yang berpakaian tradisional cheongsam.


No comments:

Post a Comment